• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Tentang Chiba > Makanan yang Kaya dan Pelbagai di Chiba

Artikel utama bermula di sini.

Updated:September 17, 2014

Makanan yang Kaya dan Pelbagai di Chiba

Wilayah Chiba dikurniakan dengan alam semulajadi yang kaya termasuk pelbagai pantai yang indah dan bukit-bukau yang menghijau, dan industry perladangan, perhutanan dan perikanannya yang telah lama berkembang maju dari dulu lagi. Terdapat banyak hasil dari lautan dan kekayaan tanah, serta pelbagai cara tradisional untuk memasaknya. Chiba mengesyorkan anda untuk merasa makanan istimewanya bersama dengan pelbagai cara masakannya.

Makanan Laut

Wilayah Chiba yang terletak di semenanjung Boso yang berhadapan dengan lautan Pasifik dan mempunyai banyak tempat menangkap ikan yang dibanggakan di Jepun seperti “Pelabuhan Choshi” dan juga menghasilkan pelbagai jenis ikan dalam jumlah yang besar. Ikan sardin Jepun, ikan bilis dan ikan siakap adalah salah satu hasil tangkapan yang paling dibanggakan di Jepun. Selain itu, abalon, udang karang dan ikan alfonsino juga turut terkenal.

Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

Wilayah Chiba dikurniakan dengan tanah yang hangat dan subur menyebabkan industri pertaniannya juga berkembang maju. Terutamanya sayur-sayuran seperti bawang hijau, lobak putih, bayam, keledek, lobak dan buah-buahan seperti buah pir, tembikai, dan loquat merupakan hasil pertanian kelas tinggi di Jepun yang dibanggakan. Selain itu penghasilan produk istimewa seperti kekacang dan bunga-bungaan juga berkembang maju.

Hidangan Tempatan Chiba

Semenanjung Boso mempunyai pelbagai makanan tempatan yang terhasil dari kebijaksanaan kebudayaan dan cara hidup penduduknya.Terutamanya “Sushi Futomaki” iaitu sejenis Sushi yang turut popular di luar Negara kerana saiznya yang betul-betul besar dan dibentuk dengan pelbagai bentuk termasuk rama-rama dan bunga boleh dinikmati dengan mata dan juga rasa. Jadi nikmatilah makanan yang cuma boleh dijumpai di wilayah Chiba.

Lain-Lain

Bahan perasa Jepun “Shoyu” yang diperbuat daripada hasil tapaian kacang soya berkembang maju di Chiba dari zaman dahulu lagi disebabkan keadaan kawasan dan iklimnya yang sesuai. Kilang pembuatan “Shoyu” yang terkemuka di Jepun terletak di Bandar Choshi dan Noda. Selain itu, terdapat banyak kilang pembuatan arak Jepun “Sake” tempatan yang membuat arak Jepun dan lain-lain arak.