• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Maklumat Kawasan

  • Topik
  • Timetable and Route Search * Pautan ke halaman Bahasa Inggeris. (External link)
  • Risalah Digital
  • Photo Galleries * Links are in Japanese.
  • Booking.com(External link)
  • JAPANICAN.com(External link)
  • tripadvisor(External link)

Artikel utama bermula di sini.

Updated:September 16, 2014

Maklumat Kawasan

Kami telah membahagikan Chiba kepada empat kawasan untuk memperkenalkan daya tarikannya. Kawasan pertama ialah di barat laut yang terdiri dari Teluk dan kawasan Tokatsu, Kebanyakan populasi wilayah ini menetap di sini kerana kemudahannya untuk ke Tokyo. Tarikan pelancong utamanya ialah Tokyo Disney Resort, di Bandar Urayasu yang turut menerima ramai pelancong dari luar negara. Kawasan Hokuso pula berada di bahagian Timur Laut. Selain Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, ia adalah kawasan yang mempunyai pelbagai tempat tarikan pelancongan, seperti Kuil Narita-san di Bandar Narita dan Pelabuhan Memancing Choshi di Bandar Choshi. Di bahagian Selatan adalah Kawasan Kujukuri. Kawasan ini terdiri daripada beberapa pantai yang boleh digunakan untuk mandi, terutama sekali pantai Kujukuri adalah kawasanutama untuk sukan marin. Kemudian, di hujung semenanjung Boso, terdapat kawasan Minami-Boso. Musim panas dan musim sejuk yang sederhana membuatkannya mempunyai cuaca yang baik dan tempat seperti Bandar Kamogawa dan Bandar Tateyama adalah popular sebagai destinasi resort.

Kawasan Teluk dan Tokatsu Area(Pautan ke halaman Bahasa Inggeris)

Kawasan teluk ini mempunyai banyak fasiliti berskala besar seperti Tokyo Disney Resort and Makuhari Messe, dan anda boleh menikmati pengalaman yang penuh dengan acara dan hiburan sepanjang tahun. Kawasan Tokatsu mempunyai muzium dan perpustakaan rujukan yang memfokuskan kepada sejarah tempatan dan cuaca, taman bandar yang telah ditingkatkan dan anda boleh menikmati pelancongan balik hari dan rekreasi menggunakan sumber air dan tasik serta pelancongan agrikultur sepanjang tahum.

Kawasan Hokuso(Pautan ke halaman Bahasa Inggeris)

Terdapat banyak makam dan kuil dan termasuk Kuil Narita-san yang mendapat lebih daripada 10 juta pengunjung setiap tahun dan kawasan ini mempunyai cuaca yang bersejarah serta kebudayaannya termasuk festival dan industri tradisional.

Kawasan Kujukuri(Pautan ke halaman Bahasa Inggeris)

Kawasan ini kebanyakannya terdiri daripada pantai Kujukurihama yang memanjang sehingga 66 km, dan anda boleh menikmati sukan marin menggunakan sisiran pantai dan rekreasi pantai termasuk pelancongan penangkapan ikan sepanjang tahun.

Kawasan Kazusa-Minami-Boso(Pautan ke halaman Bahasa Inggeris)

Kawasan Kazusa-Minami-Boso adalah tempat resort yang cantik di bahagian Selatan Wilayah Chiba. Pada awal musim bunga, anda boleh menikmati pemandangan bunga-bungaan yang mekar secara me luas di kawasan ini. Selain itu, oleh kerana kawasan ini dikelilingi oleh lautan, terdapat banyak restoran yang menyajikan makanan laut segar seperti abalone, udang galah Jepun dan sebagainya. Tambahan lagi, terdapat juga tempat pelancongan popular seperti “Mother Farm” dan “Kamogawa Sea World”.