• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Tempat Menarik di Chiba

  • Topik
  • Timetable and Route Search * Pautan ke halaman Bahasa Inggeris. (External link)
  • Risalah Digital
  • Photo Galleries * Links are in Japanese.
  • Booking.com(External link)
  • JAPANICAN.com(External link)
  • tripadvisor(External link)

Artikel utama bermula di sini.

Updated:September 17, 2014

Tempat Menarik di Chiba

Wilayah Chiba, bersebelahan dengan ibu Negara Jepun iaitu Tokyo mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Narita yang dilawati oleh banyak pelancong dari luar negara.Wilayah Chiba mempunyai banyak tempat untuk bersiar-siar seperti institusi kebudayaan dan tempat bersejarah, tempat semulajadi seperti laut, sungai, gunung serta pelbagai tarikan lain termasuk tempat rekreasi, kemudahan sukan dan kompleks membeli-belah. Di samping itu,anda juga boleh merasai rasa makanan Jepun termasuk makanan laut yang unik di Wilayah Chiba. Dengan musim panas yang tidak terlalu panas dan musim sejuk yang tidak terlalu sejuk, agak mudah untuk menghabiskan masa sepanjang tahun di Wilayah Chiba. Anda boleh menikmati pelbagai cuaca di Wilayah Chiba yang berubah mengikut musim, bunga Sakura yang melambangkan Jepun pada musim bunga dan daun luruh pada musim luruh. Kami boleh memperkenalkan pelbagai tarikan di Wilayah Chiba berpandukan tujuan anda setiap kali anda datang melawat. Anda perlu menikmati pengalaman yang mempesonakan ini sendiri.

Sejarah dan Kebudayaan

Terdapat banyak sarang kerang berbentuk bukit di Wilayah Chiba yang terhasil dari era Jomon (kira-kira 16,000 hinga 3000 tahun dulu),sarang kerang Kasori terutamanya adalah yang terbesar di Jepun. Terdapat banyak tempat untuk mengalami sendiri sejarah dan kebudayaan Jepun di Wilayah Chiba seperti Hartanah Kebudayaan Kebangsaan termasuk Khazanah Nasional dan Hartanah Kebudayaan Penting dan bangunan-bangunan bersejarah yang menunjukkan kemodenan zaman Edo awal.

Muzium Kesenian dan Muzium

Wilayah Chiba mempunyai pelbagai muzium kebangsaan dan galeri seni termasuk Muzium Kebangsaan Sejarah Jepun dan Muzium Wilayah Chiba yang membolehkan anda mempelajari tentang semulajadi dan sejarah Chiba dan juga Muzium Seni Chiba yang terkenal dengan seni Ukiyoe nya. Selain itu, di Wilayah Chiba juga terdapat muzium peribadi yang unik, arkib dan muzium Sains. Jadi, nikmatilah keseronokan yang mengejutkan di Wilayah Chiba.

Alam Semula Jadi

Selain daripada dua taman negara, terdapat banyak taman semulajadi di Wilayah Chiba yang membolehkan anda menikmati perubahan empat musim. Anda boleh menikmati pemandangan yang menarik di awal musim bunga apabila bunga Canola iaitu simbol bagi Wilayah Chiba mekar berbunga.Kami juga mencadangkan anda pergi mendaki atau berkhemah ketika musim panas. Anda boleh menikmati pengalaman mendaki dengan mudah di Minami-Boso termasuk Gunung Nokogiri walaupun anda merupakan pendaki baru.

Makan dan Minum

Terdapat banyak makanan lazat yang boleh didapati di Wilayah Chiba. Anda boleh mendapatkan pelbagai hasil laut segar yang baru ditangkap serta produk dan tenusu yang berkembang maju di Wilayah Chiba. Anda kini boleh menikmati hidangan unik dan kreatif dari Chiba seperti makanan laut (kaisendon) ataupun makanan yang juga menggunakan bahan-bahan tempatan. Selain itu, terdapat juga banyak kedai terkemuka untuk anda menikmati manisan, dan makanan antarabangsa termasuk makanan Cina dan Barat.

Barangan Tempatan dan Cenderahati

Rangkaian yang terbaik dan terlazat dari Wilayah Chiba: Wilayah Chiba dikurniakan kawasan memancing yang terbaik di Jepun, semuanya terima kasih pada arus Kurushio. Kawasan ini menghasilkan sejumlah besar hasil lautanmanakala sawah padi yang terletak di sepanjang kawasan tadahan air Sungai Tone. Sementara gandum, kacang, keledek, dan tanaman lain ditanam di tanah tinggi rantau Hokuso.

Wilayah ini juga adalah rumah untuk pelbagai kraftangan indah dan seni yang diturunkan oleh ahli pertukangan dari generasi ke generasi.

Penginapan(Pautan ke halaman Bahasa Inggeris)

Bandar Narita yang mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Narita mempunyai pelbagai hotel dari jenis ekonomi hingga ke mewah. Kawasan Teluk dan Tokatsu termasuk Makuhari dan Urayasu yang berdekatan dengan Tokyo juga mempunyai banyak kemudahan penginapan. Selain itu, terdapat juga kolam air panas tersedia di beberapa bahagian Sotobo, termasuk Inubo, Kujukuri, Kamogawa dan Shirahama.

Pengalaman

Anda boleh mencuba pengalaman memetik pelbagai buah seperti strawberi, pear, anggur dan lain-lain di Wilayah Chiba. Selain itu anda juga boleh menikmati pengalaman menarik seperti lawatan ke kilang memproses sos soya, ladang tenusu dan produk khusus tempatan. Di samping itu, pengalaman membuat kraf tradisional Jepun seperti pembuatan "kipas Boshu" dan lain-lain juga boleh dinikmati.

Hiburan dan Sukan

Semenanjung Boso ialah syurga bagi sukan air. Sudah tentu anda dapat mandi air laut tetapi selain itu anda juga boleh berseronok dengan meluncur air dan memancing. Selain itu, terdapat banyak ladang dan tempat berkhemah di Wilayah Chiba. Kami juga mengesyorkan agar anda pergi melihat perlawanan sukan seperti bola sepak atau bola lisut kerana Wilayah Chiba juga mempunyai pasukan profesional yang berpengkalan di Wilayah Chiba.

Acara

Terdapat pelbagai acara yang dilakukan mengikut musim di setiap kawasan, bunga Canola di awal musim bunga, Sakura ketika musim bunga, persembahan bunga api di musim panas dan sebagainya.Festival kebudayaan Jepun juga banyak diadakan.Contohnya, seperti festival yang diadakan pada musim panas dan musim luruh iaitu “Festival Besar Sawara” dan “Festival Mobara Tanabata " (diadakan di Bandar Mobara) pada bulan Julai adalah sangat popular. Selain itu, untuk kunjungan ke kuil pada awal tahun di Jepun, Naritasan Shinsho-ji (di Bandar Narita) menerima paling banyak pengunjung.

Stesen Keretapi di Tepi Jalan(Pautan ke halaman Bahasa Inggeris)

Wilayah Chiba mempunyai banyak kemudahan yang dikenali sebagai "Stesen di Jalanan" yang membuatkan pemanduan anda menyeronokkan. Anda boleh membeli pelbagai produk dan makanan tempatan yang khusus di sana. Selain itu, anda juga boleh menikmati pengalaman merasai pelbagai menu.