• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Untuk Pengunjung muslim

  • Topik
  • Timetable and Route Search * Pautan ke halaman Bahasa Inggeris. (External link)
  • Risalah Digital
  • Photo Galleries * Links are in Japanese.
  • Booking.com(External link)
  • JAPANICAN.com(External link)
  • tripadvisor(External link)

Artikel utama bermula di sini.

Updated:October 7, 2014

Untuk Pengunjung muslim

Lapangan Terbang Antarabangsa Narita yang berada di Wilayah Chiba menerima lawatan dari pelbagai pelancong dari luar negara. Kami akan memperkenalkan sebahagian daripada kemudahan dan kedai-kedai di Chiba yang mempertimbangkan kedatangan pengunjung Muslim supaya perjalanan pengunjung Muslim menjadi lebih selesa.

Lapangan terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Narita

Laman web lapangan terbang: http://www.narita-airport.jp/en/index.html( External link )

Alamat: Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, 1-1 Furugome, Bandar Narita, Wilayah Chiba 282-0004

Nombor telefon: 0476-34-8000

 

Piihan untuk makanan: Kedai Udon “Kineyamugimaru” ( Bangunan Terminal Penumpang Pertama, Tingkat 5) dan restoran Tempura serta makanan Jepun lain “Tentei: Agetate no Aji” (Bangunan Terminal Kedua, Tingkat 4) adalah merupakan dua restoran yang telah mendapat sijil halal.

Selain itu, terdapat juga servis katering untuk makanan halal di bilik menunggu berbayar. (Perlu ditempah terlebih dahulu)

“Kineyamugimaru”

http://www.narita-airport.jp/en/shops/rest_shop/rest/floor_list/detail/t1cb05_t00003.html( External link )

“Tentei: Agetate no Aji”

http://www.narita-airport.jp/en/shops/rest_shop/rest/floor_list/detail/t2mn04_t000a1.html( External link )

Bilik menunggu berbayar 

http://www.narita-airport.jp/en/guide/service/list/svc_24.html( External link )

Lain-lain: Mempunyai bilik solat.

http://www.narita-airport.jp/en/guide/service/list/svc_79.html( External link )

Kemudahan penginapan

Hotel Springs Makuhari

Laman web: http://springs.co.jp/english/index.html( External link )

Alamat: 1-11 Hibino, Mihama-ku, Bandar Chiba, Wilayah Chiba 261-0021

Nombor telefon: 043-290-3111

Pilihan untuk makanan: Terdapat restoran yang telah mendapat sijil halal. Selain itu, ada juga restoran makanan Jepun dan makanan Cina yang mempunyai menu halal. (Perlu ditempah terlebih dahulu)

Lain-lain: Terdapat bilik dengan arah kiblat dan sejadah untuk pengunjung Muslim. Bilik peribadi untuk solat juga boleh disediakan. (Perlu ditempah terlebih dahulu)

  

Marroad International Hotel Narita

Laman web: http://www.marroad.jp/narita/eindex.htm( External link )

Alamat: 763-1 Komaino, Bandar Narita, Wilayah Chiba 286-0121

Nombor telefon: 0476-30-2222

Pilihan untuk makanan:Boleh menyediakan makanan untuk Muslim. (Perlu ditempah terlebih dahulu)

Lain-lain: Sejadah dan kompas kiblat ada disediakan.

  

Rest House Lapangan Terbang Narita

Laman web: http://www.apo-resthouse.com/english/( External link )

Alamat: Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, 1-1 Furugome, Bandar Narita, Wilayah Chiba 282-0004

Nombor telefon: 0476-32-1212

Pilihan untuk makanan: Makanan untuk Muslim boleh disediakan besama dengan penginapan. (Perlu ditempah terlebih dahulu)

Lain-lain: Setiap bilik (semua bilik) mempunyai pelekat kiblat.

Barangan untuk solat (sejadah, kompas kiblat dan sebagainya) turut disediakan.

  

Kemudahan makanan

Takaraya

syoku_04.jpg

Laman web: http://takaraya.awk.jp/( External link )

Alamat: 2-3-4 Chuo, Bandar Kisarazu, Wilayah Chiba 292-0067

Nombor telefon: 0438-22-3765

Pilihan untuk makanan: Mempunyai “hidangan mesra muslim” dan Bento Shokado termasuk daging dan sayuran bermusim di Wilayah Chiba (perlu ditempah terlebih dahulu). Menu lain juga turut disediakan berdasarkan keperluan dan bajet. (Tidak mempunyai sijil halal.)

Lain-lain: Boleh menyediakan sebuah bilik untuk solat. (Perlu ditempah terlebih dahulu)

Universiti Pengajian Antarabangsa Kanda, Restoran Asia

Laman web: http://www.kandagaigo.ac.jp/kuis/english/( External link )

Alamat: 1-4-1 Wakaba, Mihama-ku, Bandar Chiba, Wilayah Chiba 261-0014

Nombor telefon: 043-273-2826

 

Pilihan untuk makanan: Terdapat makanan muslim di dewan makan universiti. Dewan makan ini telah mendapat sijil “Makanan mesra Muslim, Halal”. (Dijadualkan untuk pelepasan pada umum pada September 2014.)

Lain-lain: Mempunyai surau.

Kemudahan lain

Shisui Premium Outlet

 

Laman web: http://www.premiumoutlets.co.jp/en/shisui/( External link )

Alamat: 2-4-1, Iizumi, Shisui-machi, Inba-gun, Wilayah Chiba 285-0912

Nombor telefon: 043-481-6160

Pertimbangan untuk makanan: Tiada.

Lain-lain: Mempunyai bilik solat.

AEON Mall Makuhari New City

 

Laman web: http://makuharishintoshin-aeonmall.com/( External link )

Alamat: 1-1 Toyosuna, Mihama-ku, Bandar Chiba, Wilayah Chiba 261-8535

Nombor telefon: 043-351-7500 (kedai khusus)

Pilihan untuk makanan: Tiada.

Lain-lain: Mempunyai bilik solat.