• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Rancangan Perjalanan > Tempat-tempat menarik di sekitar Kaihin Makuhari

Artikel utama bermula di sini.

Updated:November 29, 2016

Tempat-tempat menarik di sekitar Kaihin Makuhari

Pusat bandar baharu Makuhari mempunyai kemudahan pengangkutan yang baik dengan hanya kira-kira 40 minit menaiki kereta dari Lapangan Terbang Narita atau Haneda.Bandar Moden ini dibarisi dengan bangunan pencakar langit lengkap dengan kemudahan perniagaan yang terletak di merata-rata tempat menjadikannya tempat yang selamat untuk dikunjungi oleh pelancong asing yang datang bersama keluarga untuk menikmati percutian mereka dengan aman. Di Funabashi terdapat kuil dan tokong bersejarah, serta kemudahan bersantai yang menjadi topik di "TripAdvisor", sebuah laman web pelancongan antarabangsa. Urayasu pula masih mengekalkan pemandangan pekan ketika zaman kegemilangannya dalam perusahaan perikanan pada suatu masa dahulu yang masih dapat dirasai oleh pengunjung sehingga kini. Adakah anda tertarik untuk mengalami sendiri daya tarikan baharu Jepun di kawasan ini yang menggabungkan sensasi baharu dengan lama?
※ Masa lawatan untuk tempat tarikan pelancong yang diperkenalkan hanyalah anggaran sahaja.

Mitsui Outlet Park Makuhari [masa yang diperlukan] kira-kira 2 jam

Medan membeli- belah (outlet park) yang terletak di hadapan stesen kereta api Kaihin Makuhari mengumpulkan 137 buah kedai yang menawarkan jenama terkemuka. Terdapat lebih 90 buah kedai bebas cukai di sini.

Kira-kira 8 minit menaiki bas(Stesen kereta api Kaihin Makuhari JR Keiyo)

AEON Mall pusat bandar baharu Makuhari [masa yang diperlukan] kira-kira 3 jam


Kemudahan membeli belah berskala besar yang terdiri daripada 4 buah pusat membeli belah berasingan yang dibina mengikut perbezaan gaya hidup dengan pelbagai pilihan barang.

Kira-kira 18 minit berjalan kaki

Taman Mihama (Mihama-en) [masa yang diperlukan] kira-kira 1 jam

Mihama-en, atau Taman Mihama ialah taman ala Jepun yang terletak di dalam Taman Makuhari Kaihin. Di taman ini, pengunjung dapat menikmati suasana Jepun di tengah-tengah pemandangan moden Pusat Bandar Baharu Makuhari.