• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Topik > Terdapat banyak tempat rekreasi

  • Topik
  • Timetable and Route Search * Pautan ke halaman Bahasa Inggeris. (External link)
  • Risalah Digital
  • Photo Galleries * Links are in Japanese.
  • Booking.com(External link)
  • JAPANICAN.com(External link)
  • tripadvisor(External link)

Artikel utama bermula di sini.

Updated:March 18, 2015

Terdapat banyak tempat rekreasi

Terdapat banyak pusat rekreasi yang melambangkan Jepun!

Wilayah Chiba mempunyai banyak tempat rekreasi menarik. Di Chiba terdapat pelbagai tempat popular dengan tarikan tersendiri, seperti kemudahan pusat rekreasi yang menjadi kebanggaan Jepun, anda juga boleh berseronok sambil berinteraksi dengan binatang sehinggalah mengalami kepuasan menikmati keindahan semulajadi dan pelbagai lagi.  Marilah bersiar-siar bersama kelaurga dan rakan-rakan.

Taman tema terbesar di Jepun! Tokyo Disney Land® dan Tokyo Disney Sea®

Negara yang terdiri daripada mimpi dan magik “Tokyo Disneyland®” yang bersimbolkan istana Cinderella didirikan dengan 7 taman tema. “Tokyo DisneySea®” mendapat inspirasinya dari cerita berkisarkan laut dan merupakan taman tema lagenda menarik yang mampu memberikan inspirasi kepada sesiapa saja. Setiap taman mempunyai tema dengan tarikan dan hiburan yang tersendiri. Semua generasi dari kanak-kanak hingga dewasa boleh menikmati keseronokan dunia yang luas seperti acara istimewa dalam yang masa terhad, persembahan yang indah dan juga kedai dan restoran berwarna-warni yang banyak terdapat disini. Marilah cipta memori yang tidak boleh diganti bersama rakan-rakan Disney.

Alamat: Maihama, Bandar Raya Urayasu
Nombor telefon: 0570-00-8632 (9:00 - 19:00) Pusat maklumat, Tokyo Disney Resort

Persembahan paus pembunuh adalah yang terbaik! Dunia Lautan Kamogawa

Ini adalah taman tema akuarium terkemuka di Jepun dengan Lautan pasifik terbentang di hadapan mata. Dengan konsep “Pertemuan dengan dunia lautan”, taman tema ini mempamerkan 800 jenis kehidupan sungai dan lautan yang melebihi 11,000 ekor dengan persekitaran yang hampir sama dengan habitat semulajadi. Bermula dengan Raja lautan iaitu ikan paus yang menunjukkan lompatan dinamik, kombinasi hebat ikan lumba-lumba yang memeriahkan kawasan akuarium, teknik yang ditunjukkan oleh singa laut yang penuh karisma, kebolehan istimewa yang tiada pada manusia ditunjukkan oleh Ikan Paus Beluga yang juga dikenali sebagai Kenari Laut dan lain-lain lagi. Persembahan hebat yang dipersembahkan oleh binatang-binatang ini tidak putus-putus menarik minat pengunjung tidak. Program beramah mesra dengan binatang juga tidak kurang popularnya.

Alamat: 1464-18 Higashicho, Bandar Raya Kamogawa
Nombor Telefon: 04-7093-4803

Tempat dengan daya tarikan bunga- bungaan empat musim dan interaksi bersama haiwan! Mother Farm (Ladang Ibu)

alah sebuah ladang pelancongan dalam negara yang bertemakan “Perhubungan antara manusia, bunga, hijau dan haiwan”. Di kawasan padang yang luas ini, pengujung dapat berinteraksi dan berseronok dengan bunga-bunga empat musim yang kembang dengan megah, lembu atau kuda, Alpaka, dan pelbagai hidupan lain. Sudah tentu anda juga akan dapat menikmati “Pengalaman memerah susu lembu dengan tangan”, melihat bulu kambing biri- biri dipotong dengan “Pertunjukan kambing biri-biri”, “Pertandingan lumba lari khinzir kecil” yang comel dan lain-lain acara lagi. Selain itu, kita boleh bermain sepanjang hari di bengkel pengalaman untuk merasai sendiri membuat keju dan mentega dengan tangan, merasai buah-buahan yang dipetik di ladang dan taman hiburan. Anda juga tak boleh melepaskan makanan ladang seperti barangan tenusu atau Jingis Can!

Alamat: 940-3 Tagura, Bandar Raya Futtsu
Nombor Telefon: 0439-37-3211

Merasai pengalaman sebenar pemandangan kawasan pedalaman “Jerman”! Perkampungan Jerman Tokyo

Perkampungan yang terletak di kawasan berbukit Sodegaura, mempunyai taman yang bertemakan bunga dan kehijuan yang telah dihasilkan semula menyerupai persekitaran Desa Jerman. Taman ini dihiasi dengan warna bunga- bungaan empat musim termasuk taman bunga mawar yang mempunyai pelbagai warna bunga yang mekar pada permulaan musim panas atau musim luruh,bunga sakura tanah atau bunga tiga bulan (hydrangea) dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga banyak kemudahan yang dapat dinikmati oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak seperti kemudahan hiburan dan padang yang luas, zoo kanak-kanak, pengalaman memetik sayur-sayuran dan buah-buahan dan sebagainya. Acara iluminasi yang hebat yang dijalankan pada musim sejuk merupakan salah satu acara yang paling besar di Wilayah Chiba menjadi kebanggaan dan turut diperakui sebagai salah satu “Tiga Iluminasi Terbesar di Kanto”. Ini merupakan acara popular yang menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri setiap tahun

Alamat: 419 Nagayoshi, Bandar Raya Sodegaura
Nombor telefon: 0438-60-5511