• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Topik > Buah-Buahan Chiba

Artikel utama bermula di sini.

Updated:April 1, 2015

Negara Jepun mempunyai 4 musim dan di setiap musim tersebut terdapat hasil tuaian buah-buahan yang boleh dikumpulkan yang digelar Shun no Mono, boleh dimakan dengan kerap. Shun no Mono bermaksud, rasa kemanisan yang lazat selepas dikondensasikan dan mengandungi zat nutrient pada musim tersebut. Di antara semuanya, bagaimanakah jika kita semua mengalihkan pandangan mata kita ke arah buah-buahan dari Jepun yang dianggap terbaik di dunia. Daerah Chiba menghasilkan banyak buah-buahan yang lazat. Dari buah Strawberi yang menjadi kebanggaan kerana popularitinya di kalangan orang kurang upaya, buah pear dan buah loquat yang juga menjadi kebanggaan kerana ia meletakkan Daerah Chiba sebagai pengeluar terbesar di Jepun sehingga ke buah yang baru dikenali iaitu buah naga. Di setiap kawasan, terdapat musim untuk Mikaku Gari dan Chokubaisho. Mikaku Gari bermaksud para pelancong boleh memetik buah-buahan dengan sendiri dan merasainya di situ juga. Chokubaisho bermaksud tempat penjualan buah-buahan segar. Silalah singgah.

Raja Strawberi!! Marilah menikmati Ais Beri yang besar!

Untuk pelancongan di daerah Chiba, dari musim sejuk ke musim bunga, terdapat Taman Strawberiyang meraikan musim Ichigo Gari. Di bahagian utara Daerah Chiba, terdapat pekan bernama Tohnosho Machi yang terkenal dengan Ais Beri yang juga dikenali sebagai “Raja Strawberi”. Saiznya 2 kali ganda lebih besar dari buah strawberi yang biasa di Jepun, merupakan benih baka yang besar, jarang ditemui kini, keseimbangan antara kemanisan dan kemasamannya tepat dan berair merupakan ciri-cirinya yang unik. Strawberi Road yang terletak di sepanjang laluan Jalan 126 merupakan kawasan Ichigo Gari yang terbesar di Kanto yang dipenuhi Chokubaisho dan pusat penanaman Strawberi seperti Green House. Salah satu rahsia yang popular untuk menghasilkan buah Strawberi yang lazat, dijamin selamat dimakan ialah penggunaan baja organik dan penanaman racun perosak tahap rendah secara aktif. Di laluan Lebuh Raya 356, terdapat barisan Chokubaisho dengan nama lainnya digelar Jalan Strawberi. Di Pekan Chiba yang mempunyai akses yang baik ini, diadakan Ichigo Gari pada waktu malam yang boleh dinikmati di setiap kawasan di daerah Chiba.

Daerah Chiba adalah pengeluar Pear Jepun yang terkemuka di seluruh Jepun

Daerah Chiba mempunyai tanah dan iklim yang sesuai untuk perkembangan buah pear. Di tambah dengan teknologi pertanian yang tinggi oleh petani sejak dahulu kala lagi, penghasilannya secara meluas di seluruh daerah dan merupakan kawasan pengelur yang terkemuka di seluruh Jepun. Lebuh Raya Jalan 464 digelar Oomachi Nashi Kaido dan apabila musim menuai buah-buahan bermula, petani-petani akan membuka kedai di sepanjang jalan tersebut dan akan sesak dengan penjualan secara langsung buah Pear. Terdapat pelbagai jenis buah Pear di Daerah Chiba yang dijual dari awal bulan Ogos sehingga pertengahan bulan Oktober dan buah-buahan tersebut sangat popular kerana kelazatannya dan keharumannya. Benda manis seperti kek dan jeli tempatan yang diperbuat khas daripada buah pear juga semakin meningkat.

Memetik buah Blueberi adalah aktiviti yang semakin meningkat popularitinya!

Pada musim panas di Daerah Chiba, pengalaman yang perlu dirasai adalah memetik Blueberi. Musimnya adalah di antara bulan Jun dan bulan September (bulan Julai - bulan Ogos adalah kemuncak). Anda boleh menikmatinya di mana-mana seperti di Pekan Chiba yang terletak pinggir bandar Tokyo, dan juga di Kisarazu yang terletak di selatan daerah Chiba. Buah Blueberi Daerah Chiba mempunyai reputasi seperti kemanisan dan kebesarannya dan popularitinya sedang meningkat di kalangan para pelancong luar negara.

Melon Gari, Merasai buah tembikai susu berkualiti tinggi Daerah Chiba

Daerah Chiba terkenal di seluruh Jepun mempunyai jenama buah tembikai susu yang diperakui kualitinya sangat tinggi. Sebagai contoh, Chosei Melon adalah buah tembikai susu yang manis dihasilkan di Kujukuri yang mempunyai tanah yang subur dan iklim sederhana. Buah tembikai tersebut boleh dimakan disitu jugadan terdapat lading tembikai yang megadakan Melon Gari.

Loquat, buah yang mewakili Daerah Chiba

Buah loquat adalah buah istimewa yang mewakili Daerah Chiba. Buah loquat Daerah Chiba dibandingkan dengan baka yang lain, mempunyai saiz yang lebih besar dan rasanyamerupakan kelas pertama. Kualitinya sangat dibanggakan dan terkemuka di seluruh Jepun. Aktiviti Biwa Gari yang diadakan pada awal musim panas sangat popular, menyebabkan kesesakan orang ramai.

Perasaan Buah-buahan Tropika juga!

Menikmati tuaian buah naga yang merupakan buah tropika di Chiba yang mempunyai iklim yang sederhana adalah helahnya. Boleh menikmati pengalaman menuai pada awal bulan November. Selain buah-buahan, terdapat jus, ais krim dan juga jem, makanan yang telah diproses dijual di kedai-kedai. Sebahagian besarnya ditanam di kawasan Awa/Kimitsu. Di kawasan ini juga ditanam buah Markisa. Buahnya akan lebih terasa lazat terutamanya pada musimdi antara bulan Julai ke bulan Ogos.