• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Topik > membeli-belah

Artikel utama bermula di sini.

Updated:January 30, 2017

membeli-belah

Memperkenalkan kemudahan membeli belah berskala besar yang penuh dengan keseronokan di Chiba, daripada kedai barangan berjenama popular atau hiburan berbentuk pengalaman yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga, sehingga ke medan selera tempat untuk anda merasai masakan asli dengan mudah!

Ikspiari

Ikspiari terletak di dalam kawasan Tokyo Disneyland dan terdiri daripada kira-kira 140 buah kedai, restoran dan panggung wayang.
Ikspiari sentiasa menjalankan bengkel berasaskan pengalaman, acara pentas dan acara bermusim seperti Halloween dan Krismas, oleh itu tempat ini sentiasa dipenuhi pengunjung.
Ia terletak bertentangan dengan Pintu Keluar Selatan Stesen JR Maihama.

[Ikspiari]
Alamat: 1-4 Maihama, Urayasu-shi
No. Telefon: 047-305-2525
Waktu operasi: 10 pagi - 11 malam (berbeza di beberapa bahagian)
Hari cuti: Tiada
Laman web: http://www.ikspiari.com/( External link )

Shisui Premium Outlet

Shisui Premium Outlet bukan sahaja mudah untuk dikunjungi dari pusat bandar, ia juga cuma terletak kira-kira 15 minit menaiki bas ekspres dari pintu masuk ke Jepun, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Tempat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan yang mencukupi untuk pengunjung asing ke Jepun, seperti tempat tukaran mata wang asing dan jaringan LAN tanpa wayar percuma.
Bas ekspres dari Stesen Tokyo dan Lapangan Terbang Narita, bas biasa dari Stesen JR Keisei Shisui.

[Shisui Premium Outlet]
Alamat: 2-4-1 Iizumi, Shisui-machi, Inba-gun
No. Telefon: 043-481-6160
Waktu operasi: 10 pagi - 8 malam(berbeza di beberapa bahagian)
Hari cuti: Sekali setahun (Khamis ketiga pada bulan Februari)
Laman web: http://www.premiumoutlets.co.jp/shisui/( External link )

AEON Mall Makuhari New City

AEON Mall Makuhari New City terdiri daripada empat zon membeli belah, iaitu Grand Mall yang dipenuhi dengan deretan kedai istimewa yang menampilkan makanan dan fesyen; Family Mall yang menawarkan kemudahan keseronokan bersama keluarga, seperti taman tema dan muzium; Active Mall yang mana pengunjung dapat menikmati kemudahan bersukan sepenuhnya, seperti gelanggang tenis dan berjoging; dan juga Pet Mall.
17 minit berjalan kaki dari Stesen JR Kaihim Makuhari. Bas percuma ke AEON Makuhari juga disediakan.

[AEON Mall Makuhari New City]
Alamat: 1-1 Toyosuna, Mihama-ku, Chiba-shi
No. Telefon: 043-351-7500
Waktu operasi: 10 pagi - 10 malam(berbeza di beberapa bahagian)
Hari cuti: Tiada
Laman web: http://makuharishintoshin-aeonmall.com/( External link )

Mitsui Shopping Park LaLaport TOKYO-BAY

Mitsui Shopping Park LaLaport TOKYO-BAY terdiri daripada kira-kira 440 buah kedai istimewa yang dibahagikan mengikut pelbagai kategori, termasuk fesyen, gourmet dan hiburan seperti panggung wayang.
Anda juga disyorkan untuk mencuba pelbagai pilihan hidangan yang ditawarkan di medan selera dan restoran di sini.
5 minit berjalan kaki dari Stesen JR Minami-Funabashi. Bas ulang-alik percuma juga disediakan dari Stesen JR Minami-Funabashi - Stesen Keisei Funabashikeibajo.

[Mitsui Shopping Park LaLaport & TOKYO-BAY]
Alamat: 2-1-1 Hamacho, Funabashi-shi
No. Telefon: 047-433-9800
Waktu operasi: 10 pagi - 8 malam (Jumaat, Sabtu, Ahad dan hari cuti am: hingga 9 malam. Berbeza di beberapa bahagian)
Hari cuti: Tidak ditetapkan
Tempat letak kereta: Berbayar
Laman web: http://tokyobay.lalaport.net/( External link )

Mitsui Outlet Park Kisarazu

Mitsui Outlet Park Kisarazu merupakan gedung membeli belah yang terbesar di kawasan metropolitan. Pengunjung dapat menikmati pengalaman membeli- belah daripada barang keperluan harian sehingga ke jenama mewah di kira-kira 250 buah kedai yang yang terdapat di sini.
Dengan binaan yang membuatkan anda berasa seperti berada di kawasan terbuka, tempat ini akan menggamit pengunjung untuk menghabiskan masa perlahan- lahan di sini.
Boleh dikunjungi menaiki bas ekspres dari Lapangan Terbang Narita, dari dalam bandar dan dari seluruh Daerah Kanagawa. 10 minit menaiki bas biasa dari Stesen JR Sodegaura.

[Mitsui Outlet Park Kisarazu]
Alamat: 3-1-1 Kaneda-higashi, Kisarazu-shi
No. Telefon: 0438-38-6100
Waktu operasi: 10 pagi - 8 malam (berbeza di beberapa bahagian)
Hari cuti: Tidak ditetapkan (sila layari laman web rasmi untuk maklumat lanjut.)
Laman web: http://www.31op.com/kisarazu/( External link )