• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Tentang Chiba > Industri di Chiba

Artikel utama bermula di sini.

Updated:September 17, 2014

Industri di Chiba

Perindustrian

Pada tahun 2011, nilai penghantaran barang-barang perkilangan di Chiba adalah 11,886.7 bilion yen, jumlah yang ketujuh terbesar di Jepun. Bilangan pertubuhan perniagaan adalah 6,505, dan bilangan pekerja adalah 203,900 orang.

Sektor pembuatan utama adalah industri kimia, petroleum/arang batu dan keluli, masing-masing menyumbang 22.6%, 19.9% dan 14.6%, dan ketiga-tiga industri utama ini menyumbang 57.1% daripada jumlah keseluruhan nilai penghantaran barangan pembuatan. Sehingga akhir 1940-an, industri utama di Chiba ialah kicap, sake, Mirin dan industri pembancuhan yang lain. Walau bagaimanapun, selepas pembinaan Kawasaki Steel Corporation di Chiba Works yang bermula pada November 1950 di atas tanah yang ditambak sepanjang pantai Bandar Chiba, satu demi satu industri berat dan kimia mengambil keputusan untuk berpindah ke Chiba. Semenjak itu, lebih kurang. 12,000 hektar tanah telah ditambak di sepanjang 76 km panjang pantai antara Bandar Urayasu dan Futtsu. Sementara itu, Wilayah Chiba menggalakkan kemajuan pada kompleks perindustrian di kawasan pedalaman dengan menggunakan ciri-ciri rantau ini sepenuhnya di samping menggalakkan pengenalan industri berteknologi tinggi dan industri yang sedang berkembang secara agresif.

Terdapat 89 kompleks perindustrian, dan lebih kurang. 3,099 hektar daripada 3,234 hektar kawasan perindustrian ini telah dijual dalam lot. Syarikat pemprosesan dan pemasangan, dan juga lain-lain jenis syarikat, telah bertapak di Chiba. Penghantaran nilai barangan pembuatan adalah tersebar di seluruh kawasan dengan baik, dengan 63.4% di kawasan pantai dan 36.6% di kawasan pedalaman.

Perdagangan

Perdagangan di Chiba menyokong kehidupan 6 juta penduduknya dan memainkan peranan penting serta mendukung ekonomi tempatan. Pada 1 Februari 2012, bilangan peruncit di Wilayah Chiba adalah 28,051dengan bilangan pekerja seramai 244,939 orang.

Jualan tahunan ialah sebanyak 4,779 bilion yen.

Jika mengikut jumlah saham berdasarkan kawasan, kelima-lima bandar iaitu Chiba, Funabashi, Matsudo, Ichikawa, dan Kashiwa menyumbang 39.7% daripada semua peruncit dan 47.7% daripada jumlah jualan tahunan.

Pertanian

Wilayah Chiba yang mempunyai iklim panas dan tanah yang subur merupakan wilayah pertanian yang terbesar di Jepun Pada tahun 2012, wilayah Chiba menghasilkan hasil pertanian sebanyak 415.3 bilion yen dan menjadikannya wilayah ketiga terbesar di Jepun.

Terdapat banyak produk pertanian bertaraf tinggi di Jepun, seperti bawang Welsh, lobak putih dan pear Jepun. Selain itu, beras, bunga, dan ternakan juga mempunyai kedudukan yang tinggi di Jepun.

Bayam sawi Jepun (Komatsuna/Japanese Mustard Spinach), bayam, dan sayur-sayuran lain ditanam di kawasan Chiba dan Higashi Katsushika kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Tokyo, pasaran utama hasil pertanian. Di kawasan timur laut pula sayur-sayuran seperti kobis, lobak merah, tembikai dan sayur-sayuran lain juga ditanam.

Penanaman padi dan penternakan juga popular di Chiba. Di kawasan tengah, padi, tembikai, dan tomato ditanam dalam rumah hijau. Di kawasan selatan, pucuk buluh ditanam untuk mengambil kesempatan sepenuhnya daripada ciri-ciri kawasannya iaitu kawasan pertengahan dan pergunungan.

Bunga Teluki (carnation), Virginia stocks dan bunga lain bersama strawberi dan loquats, juga ditanam dengan mengambil kesempatan pada cuaca panas di sini.

Perikanan

Wilayah Chiba yang dikelilingi oleh perairan terttutup dan laut dalam di sekelilingnya dikurniakan dengan pelbagai kawasan untuk menangkap ikan dengan pelbagai jenis ikan dan kerang-kerangan. Ini adalah kerana terdapat arus Kuroshio dan arus Oyashio yang bersilang di luar persisiran semenanjung Boso.

Chiba adalah salah satu wilayah menangkap ikan yang terbesar di Jepun dengan jumlah hasil perikanan sebanyak 173,320 tan dan 285,186 tan hasil produk marin yang telah diproses pada tahun 2012.