• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Tentang Chiba > Tentang Chiba

Artikel utama bermula di sini.

Updated:September 17, 2014

Tentang Chiba

“Chiba” terletak di dalam Bandar Metropolitan Tokyo dilimpahi keindahan alam semulajadi

Wilayah Chiba yang dikelilingi oleh sungai dan lautan dikeempat-empat sisinya dikurniakankan dengan keindahan alam semulajadi yang penuh dengan kehijauan.

Chiba terletak di Timur Bandar Metropolitan Tokyo dan terus menghala ke Lautan Pasifik.

Bahagian Tenggara Chiba menghadap Lautan Pasifik sementara bahagian Baratnya pula menghadap teluk Tokyo.

Barat laut Chiba bersempadan dengan Tokyo dan Saitama mananakala bahagian Utaranya bersempadan dengan Ibaraki.

Dengan keluasan 5,156.62 km persegi, Chiba terdiri daripada Pergunung Boso dengan gunung-ganang berketinggian 200-300 m, Dataran Tinggi Shimosa yang agak rata, dataran yang luas sehingga lembangan Sungai Tone dan juga pantai Kujukuri. Pantainya yang mencecah 534.4 km juga turut mempamerkan pelbagai pemandangan indah.

Wilayah Chiba yang dikelilingi oleh laut di tiga sisinya mempunyai iklim yang sederhana di mana ianya hangat di musim sejuk dan dingin pada musim panas.

Di bawah pengaruh arus hangat (Arus Kuroshio) yang mengalir diluar pesisiran pantainya, kawasan ini tidak membeku walaupun pada musim sejuk. Jumlah hujan adalah banyak pada musim panas dan kurang pada musim sejuk.

Populasi Chiba ialah 6,240,461 orang (pada Apr. 1, 2013) merupakan ke-enam terbesar di Jepun dan purata umur penduduknya ialah 44.70 tahun (Apr. 1, 2013).

Sejarah Chiba

Secara asalnya Wilayah Chiba terdiri daripada tiga daerah – Awa, Kazusa, and Shimosa.

Menurut “Kogo Shui (sejenis dokumen dari zaman Heian)”, Ameno-mikoto mengetuai Awano Inbe dan pergi ke bahagian Timur Jepun dan mengarahkan penduduknya untuk menanam pokok ganja.

Kawasan tempat pokok ganja berkualiti ditanam dinamakan wilayah Fusa (nama lama untuk ganja) dan kawasan tempat tinggal Awano Inbe dinamakan wilayah Awa.

Kawasan yang lebih dekat dengan daerah Awa dinamakan Kazusa dan kawasan yang jauh dinamakann daripadanya dinamakan Shimosa.

Dengan menggabungkan perkataan “Awa (juga disebut ‘bo’)” dari daerah Awa dan “Fusa (juga disebut ‘so’)” dari daerah Kazusa dan Shimosa, semenanjung ini dinamakan “Boso”.

Apabila Shogun (kerajaan) dibuka di Kamakura, puak Chiba meluaskan kuasa mereka di Boso. Ketika perang sivil, puak Satomi adalah puak yang sangat berkuasa di daerah Awa. Apabila Tokugawa Ieyasu membuka sebuah shogun di Edo, Boso dianggap sebagai tempat mereka yang bernilai dan di bawah kawalan shogun tersebut ataupun di bawah domain yang berdekatan.

Domain feudal pada masa itu adalah kecil dan domain Sakura merupakan domain yang terbesar.

Pada tahun 1871 ketika sistem domain dihapuskan, terdapat 24 wilayah yang diwujudkan di Boso termasuk wilayah Tateyama dan wilayah Sakura. Selepas itu, kawasan Kazusa dan Awa disatukan menjadi wilayah Kisarazu dan wilayah Shimosa ditukar menjadi wilayah Inba.

Pada 15 hb Jun 1873, Wilayah Kisarazu dan Inba disatukan menjadi wilayah Chiba.

Populasi wilayah Chiba melebihi 5 juta penduduk pada tahun 1983 dan untuk memperingatinya, tarikh 15 Jun menjadi Tarik “Hari penduduk Wilayah” setahun kemudian.