• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Rancangan Perjalanan > Tempat-tempat menarik di sekitar Kaihin Makuhari(Hari ke-2)

Artikel utama bermula di sini.

Updated:November 29, 2016

Tempat-tempat menarik di sekitar Kaihin Makuhari(Hari ke-2)

Pusat bandar baharu Makuhari mempunyai kemudahan pengangkutan yang baik dengan hanya kira-kira 40 minit menaiki kereta dari Lapangan Terbang Narita atau Haneda.Bandar Moden ini dibarisi dengan bangunan pencakar langit lengkap dengan kemudahan perniagaan yang terletak di merata-rata tempat menjadikannya tempat yang selamat untuk dikunjungi oleh pelancong asing yang datang bersama keluarga untuk menikmati percutian mereka dengan aman. Di Funabashi terdapat kuil dan tokong bersejarah, serta kemudahan bersantai yang menjadi topik di "TripAdvisor", sebuah laman web pelancongan antarabangsa. Urayasu pula masih mengekalkan pemandangan pekan ketika zaman kegemilangannya dalam perusahaan perikanan pada suatu masa dahulu yang masih dapat dirasai oleh pengunjung sehingga kini. Adakah anda tertarik untuk mengalami sendiri daya tarikan baharu Jepun di kawasan ini yang menggabungkan sensasi baharu dengan lama?
※ Masa lawatan untuk tempat tarikan pelancong yang diperkenalkan hanyalah anggaran sahaja.

Kira-kira 3 minit menaiki kereta api(Stesen kereta api Kaihin Makuhari JR Keiyo)

Kira-kira 10 minit menaiki bas ulang-alik(Stesen kereta api Shin-Narashino JR Keiyo)

Kilang bir Sapporo di Chiba [masa yang diperlukan] kira-kira 1 jam

Pengunjung boleh melakukan lawatan kilang bir jenama "Black Label" sebagai jenama contoh dengan kemudahan membru bir lengkap bersama penerangan.

Kira-kira 25 minit menaiki bas ulang-alik

Kira-kira 5 minit menaiki kereta api(Stesen kereta api Keisei-Tsudanuma, Keisei Electric Railway)

Kira-kira 3 minit berjalan kaki(Stesen kereta api Daijingu-Shita, Keisei Electric Railway)

Oohi Jinja (kuil Oohi) [masa yang diperlukan] kira-kira 30 minit


Kuil yang tertua dan terbesar di kawasan ini dengan sejarahnya yang melampaui 1,900 tahun. Kuil ini juga dikenali sebagai "Funabashi Daijingu" atau "Kuil Besar Funabashi".

Kira-kira 15 minit berjalan kaki

Kira-kira 40 minit menaiki bas(Stesen kereta api JR Funabashi)

Taman Anderson Funabashi [masa yang diperlukan] kira-kira setengah hari

Taman Anderson merupakan tempat peranginan yang menawarkan pelbagai tarikan, seperti "Galeri Seni Kanak-Kanak" dan "Bukit Pari-Pari" yang mewujudkan semula pemandangan desa Denmark.