• Laman Utama
  • Tentang Chiba
  • Tempat Menarik di Chiba
  • Maklumat Kawasan
  • Rancangan Perjalanan
  • Pengangkutan
  • Tip Pelancongan

Laman Utama > Rancangan Perjalanan > Tempat-tempat menarik di sekitar Kaihin Makuhari(Hari ke-3)

Artikel utama bermula di sini.

Updated:November 29, 2016

Tempat-tempat menarik di sekitar Kaihin Makuhari(Hari ke-3)

Pusat bandar baharu Makuhari mempunyai kemudahan pengangkutan yang baik dengan hanya kira-kira 40 minit menaiki kereta dari Lapangan Terbang Narita atau Haneda.Bandar Moden ini dibarisi dengan bangunan pencakar langit lengkap dengan kemudahan perniagaan yang terletak di merata-rata tempat menjadikannya tempat yang selamat untuk dikunjungi oleh pelancong asing yang datang bersama keluarga untuk menikmati percutian mereka dengan aman. Di Funabashi terdapat kuil dan tokong bersejarah, serta kemudahan bersantai yang menjadi topik di "TripAdvisor", sebuah laman web pelancongan antarabangsa. Urayasu pula masih mengekalkan pemandangan pekan ketika zaman kegemilangannya dalam perusahaan perikanan pada suatu masa dahulu yang masih dapat dirasai oleh pengunjung sehingga kini. Adakah anda tertarik untuk mengalami sendiri daya tarikan baharu Jepun di kawasan ini yang menggabungkan sensasi baharu dengan lama?
※ Masa lawatan untuk tempat tarikan pelancong yang diperkenalkan hanyalah anggaran sahaja.

Kira-kira 15 minit menaiki kereta api(Stesen kereta api Kaihin Makuhari JR Keiyo )

Kira-kira 20 minit menaiki bas(Stesen kereta api Shin-Urayasu JR Keiyo)

Muzium rakyat bandar raya Urayasu [masa yang diperlukan] kira-kira 1 jam

Sebuah muzium yang terletak di Urayasu, iaitu sebuah bandar raya yang terkenal sebagai pekan nelayan pada suatu masa dahulu. Antara tarikan yang mesti dikunjungi di sini ialah pameran luar bangunan yang menghasilkan semula pemandangan pekan era 1952.

Kira-kira 32 minit menaiki bas

Ooedo Onsen Monogatari Urayasu Mangegyou [masa yang diperlukan] kira-kira 2 jam


Urayasu Mangegyou adalah tempat mandi air panas yang popular kerana pengunjung boleh menikmati kesemua 25 jenis kolam air panas yang pelbagai. Tempat ini juga menyediakan kolam air panas di luar bangunan yang boleh dimasuki pengunjung dengan memakai pakaian mandi.